Friday 29 April 2011

Disebalik ucapan "Amin"





Bismillahirrahmanirrahiim..
Lame da tak tulis post bentuk2 ilmiah ni. Dok lagho je memanjang..


"Amin",
Ucapan yg sinonim dengan kite semua. Tapi, pernah tak kite tertanye2, ape maksud "Amin" ni? Kenapa orang2 Nasrani (aka Keristiaano) juga ade sebutan "Amen", ala2 macam kita jgak. Tapi agama nasrani dibawa oleh Nabi Isa a.s., sebelum lahirnya lagi Junjungan Besar Rasulullah SAW. Adekah kita yg ikot diorang?


Ya, sangat menimbulkan tanda tanya. Jadi, aq pon berusaha sehabis daya untuk mncari "kepelikan" ni..


"Amin", untuk lelaki, memang biase dengan hidup. Lepas solat jemaah subuh, maghrib, ngan isyak,..habis je Alfatihan oleh imam, maka dengan aneka tone akan menyebut "Aamiiin"..


Tapi taw tak kita, cara sebutan harkat yg betol. Ya, agak menyakitkan hati jgak bila orang pakai dok sebot kuat2 kat telinga. Tambahan pula, da ade trend skarang, sebot
 "AAAAAAAAAAAAmin"..
"Aa" nye tu, kuat sangat2, panjang sangat2. "min" plak, satu harkat je, pelan giler lak tu. haha
Sedar ataw tak, "Amiin" ni jugak ade cara sebutannye. 


"eh? ade jugak ke? alaaa.. leceh la cmni"..


Mudah aje. Kembali kepada tajwid, yg kita dah belajar(mak aq guru ngaji..haha..Alhamdulillah, untung2)..
 hamzah tu  mad iwad atau mad badal.Dibaca dengan 2 harakat."mim+ya+nun"(min)adelah mad asli pada awalnye(baris bawah bertemu "ya"), dan apabila kita sukunkan(mati, dihujung ayat) jadilah  mad aridh lilsukun.Boleh dibaca 2, 4 atau 6 harkat..


"Alamak, selame ni aq bace salah, macam mane ni? Banyak nye dose.."


Ehh, jangan risau...Kalu salah bace "Amiin" tu, solat tak batal pon. Ianya bukan sebahagian dari AlFatihah.. Cuma mungkin pahala sunat kita sebut amin je tak dapat. Wallahualam. Hanya Allah yg menentukan.. 


"Amiin" juga adelah Anugerah yg Allah swt kurniakan kepada semua hambanya untuk memakbulkan doa.
Ianya dibawa oleh nabi2. Agama yahudi, Nasrani, dan Islam menggunakan "Amiin" sesudah doa. Yahudi dan Nasrani adalah ahli kitab, jadi nabi2 yg diutuskan kepada mereka juga mengajarkan mere menyebut "Amin".


Jangan risau, terdapat nas soheh menyatakan terdapat dua golongan yang terlepas dari nikmat, iaitu golongan yg dimurkai Allah(Yahudi), dan golongan yg tersesat(Nasrani)..[ringkasan dari satu Riwayat Tarmizi]


Dan sangat unik sebenarnye, "Amiin" mempunyai lebih dari satu makna, dan telah dibincangkan oleh para ulama'..


Seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW, apakah yg mmbuatkan doa kami diterima,
Rasulullah SAW menjawab, sudahkan doa kamu dgn "Amiin"


Pendapat ulama', "amiin" bukan sekadar bermaksud "terimalah doa kami"..


Pertama, Amin bermaksud "mendengar",
Doa mestilah kita dengar, dengan kata lain, "faham.." Apa gunanya berdoa dalam bahasa arab, berlagu2 jika kita tak faham. Jika kita faham, Allah akan lebih perkenankan doa kita..


Kedua, Amin bermaksud "terima"(taqabal)
Doa yang kita minta haruslah boleh diterima, ataw kita sanggup melaluinya. Kalu kita berdoa untuk mnjadi seorang yang rajin, kita perlulah memiliki "kasanggupan" untuk menjadi sebegitu.


Ketiga, Amin bermaksud "tunaikan" (istjb)
Kata mudahnya, ikhtiarkannye. Jika berdoa untuk jadi kaya, perlulah berusaha untuk mndapatkan harta.


Dengan adenye tiga perkara ni pada doa kita. insyaAllah, doa kita diperkenankan.(jangan lupa jgak sebut "Amiin" setelah habis doa)..


Ade juga yang berpendapat, setiap satu huruf, "amiin", ade satu malaikat yg menjaganya, dan memberikan rahmat kpd pembacanya. Wallahualam..


segala ilmu harap dapat dikongsi bersama.. sebarang kesilapan, aq harap korang boleh tegur, aq cuma manusia biasa yg lemah..


Wasalamualaika..

0 comments:

Post a Comment