Wednesday 1 June 2011

Lagu Cindai dan cerita disebaliknya

بسم الله الرحمن الرحيم


Lagu Cindai-Dato'Siti Nurhaliza, yang pernah jadi Juara Lagu suatu masa dahulu.. Sape tak taw kn??


Ni liriknya

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

Sori tokleh provide kan lagu ni kt blog aq. Kalu nak dengar, klik kat sini.

TAPI
Ramai yg cakap yg lagu ni "Berpuaka"??
Aneh kn? Aq sendiri ade dengar mcm2 cerita, kononnye terjadi bile nyanyi lagu ni.

Daripada citer2 yg dulu2 penah diceritakan kat aq:

Ada yang bagitaw bile nyanyi baris pertama "Cindai lah mana ~"
Akan ade yg menjawab "Cindai disini ~"..
(Time tu tgh mandi kat bilik air, suara yg menyahut tu kat luar)

Ada yang cakap bile nyanyi baris ke dua "Jalinnya lalu~"
Akan ternampak lembaga lalu di hadapan..

Ada yang cakap, lirik tu sendiri mengisahkan sifat makhluk halus.
Macam pada chorus "tingginya tidak terlawan"
Bermaksud Hantu Galah yang tinggi..

Dan aku terfikir balik.. BETUL KE SEMUA NI?
Yang bagitaw sal "cerita2" ni cume budak2 mentah je..
Dan SOALANNYA, KENAPA ORANG2 LAMA KATA LAGU NI KERAS?
tapi diorang tak bagitaw ceritanya...

Jadik, akhirnye aq temui jawapannya..
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka ade menyatakan "Cindai" ada 2 maksud.

1- Sejenis kain (kain lepas cindai)..
dalam lipatan sejarah, Hang Jebat pernah balut luke die kat perut lepas lawan ngan Hang Tuah
2- Pontianak

Dan, yeah...hanya tu SAHAJA.
"cerita2" tu, cuma rekaan semata-mata...
Liriknye pulak, sangat2 unik. Berbentuk pantun2 dan gaya bahasa dan perumpamaan yg bagus!!
Irama ngan muzik sangat cantik..
Tak hairan la lagu ni menang Juara Lagu dulu, dan masih segar sampai sekarang..


Mesej lagu ni, sangat mudah...
Cerita tentang seorang perempuan yang ..er..
Ini pantun. 2 baris diatas pembayang, 2 baris dibawah makna sebenar..
Baca dan tafsirkan makna tu..
Kecuali bahagian Chorus, 4 baris tu ade makan..
Dan korang akan faham, ni luahan hati dan kisah seorang gadis..
..taknak bgtaw...bhaha..tak syok la nnt, asyik aq je yg "reveal" makna lagu.

Jadik, jangan mudah percaya dengan cerita "puaka2" ni ya...
MAAF kalu tersilap mana2. Cepat2 bagitaw kalu ade silap ya!!
Aq manusia yg banyak silap..

8 comments:

mr. razz berry said...

finally, someone who knows what this song means :). it's kind of obvious, really. about a woman who is under a difficult circumstance and has to resort to a certain "lifestyle".

nadge said...

Terima kasih. Saya terpesona dgn kupasan dan penjelasan makalah ini.

Wan Sandakan™ said...

Kandungan dia gugur ka

Wan Sandakan™ said...

Kandungan dia gugur ka

Anonymous said...

Kisah seorang perempuan yg telah di rosakkan
Berharap hidupnya kembali spt sediakala dan bersinar kembali
sekian

Unknown said...

cerita seorg gadis yang meyimpan kain iaitu kain cindai... dan nak digunakan pada hari perkahwinan... tapi xjadi kawin.. so lagu ni nk cerita gadis ni hasrat dia xkesampaian.. xdpt nk kekalkan jodoh ( tingginya tidak tertawan ) janji manis lelaki ( bertanam tebu di tepi bibir ) tapi hidup kene teruskan dan kena happy ( merajuk bukan berpanjangn )

Unknown said...

cerita seorg gadis yang meyimpan kain iaitu kain cindai... dan nak digunakan pada hari perkahwinan... tapi xjadi kawin.. so lagu ni nk cerita gadis ni hasrat dia xkesampaian.. xdpt nk kekalkan jodoh ( tingginya tidak tertawan ) janji manis lelaki ( bertanam tebu di tepi bibir ) tapi hidup kene teruskan dan kena happy ( merajuk bukan berpanjangn )

Qaseh dania said...

Betul ke semua ni?seram lak rasanya

Post a Comment