Monday, 23 May 2011

AlQuran dah menerangkan... (AlBaqarah 190-192)

بسم الله الرحمن الرحيم




Mari teliti ayat ini;
"Dan pergilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mula menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada oang-orang yang menceroboh"(Al-Baqarah;190
"Dan bunuhlah mereka (musuh-musuh yang memerangi kamu) dimana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat2 yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan *; dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid, Al Haraam sehingga mereka memerangi kamu (disitu) , maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir."(Al-Baqarah;191
"Kemudian, jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"(Al-Baqarah;192)
*-fitnah disini bermaksud perbuatan syirik. Fitnah juga bermakna perbuatan orang-orang kafir bertindak ganas menindas orang2 Islam dan menyekat kebebasan mereka menjalankan agama. 

[TARSIR PIMPINAN AR-RAHMAN]

TERANG?

Allah memberi tafsiran tentang "membalas" dan "fitnah"...
Mengapa "Fitnah itu lebih teruk dari mmbunuh?"

Orang cakap; "Dari kau fitnah aq, baik ka bunuh je aku"..

Tak faham ke? membunuh tu sangat teruk, patah lagi fitnah, bukan "pergi bunuh je orang tu, dari fitnah dia,"
Macam mana pun, ayat 191 Al-Baqarah menerangkan, fitnah yang dimaksudkan lebih bahaya dari membunuh adalah perbuatan syirik dan penindasan dan penyakatan dakwah yg dilakukan kafir2 kepada Islam masa itu.

DAN

Dalam tiga ayat ni, Allah mengajar, kita tiada hak memerangi, membunuh ataw melakukan apa2 hukuman jika tidak dilakukan oleh orang tersebut.
(jangan memerangi ataw pukul ataw apa2 la, kalu orang tak buat pada kita)

Dan jika hendak membalas perbuatan jahat terhadap seseorang,jangan melampaui batas.
(Jika orang tu jentik tangan kiri kita, kita cuma boleh membelas dengan jentik tangan kiri dia semula shj, tak boleh lebih)

Ayat 192- Jika mereka berhenti memerangi kita, kita kena berhenti. Perang hanya sekadar mempertahankan diri, agama dan yang sepatutnya shj..., dan dari situlah "syahid" ataw "jihad" datang jika kita meninggal. Bukannya duk membuta tuli gi letupkan diri.

Rasanya terang kan ayat ni?
Aku ambil penerangan ni serba sedikit dari rancangan ADIK DAN AL-QURAN-TV9 tadi..
Harap dapat kongsi bersama..
Mintak MAAF jika tersalah, ataw mengguris siapa2..
Kalu ade PEMBETULAN, sila bagitahu ya...
Wasalamualika..

0 comments:

Post a Comment